1. Muzik / Lagu
I Pilihan lagu adalah bebas dan mestilah lagu yang tidak diharamkan di negara ini.
II Pilihan yang digunakan mestilah hakcipta terpelihara.
III Lagu Medley dikira sebagai sebuah lagu.
IV Setiap pasukan Wind Orchestra hendaklah mempersembahkan satu buah lagu sahaja.
2. Pemarkahan
Technical ability 40%
Musicality/Interpretation 40%
Performance 20%
JUMLAH 100%
3. Alat Muzik
I Pemilihan penggunaan instrumen mestilah mengandungi alat seperti Woodwind, Brass dan
Percussion.
II Penggunaan electric bass guitar tidak dibenarkan.
III Penggunaan alat muzik tradisional, drum set dan string tidak dibenarkan.
4. Konduktor
Konduktor hendaklah terdiri daripada pelajar ahli pasukan Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Berpakaian TUXEDO.
5. Senarai Alatan Muzik yang disediakan
I Xylophone 1 set
II Timpani 1 set
III Vibraphone 1 set
IV Concert Bass Drum 1 set
V Tubular Bell 1 set
6. Penghakiman
I Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan selepas pertandingan tidak akan dilayan.
II Panel Hakim berhak menganugerahkan Anugerah Emas kepada mana-mana pasukan yang melepasi piawaian markah yang ditetapkan.